Ceramah dan Bimbingan Kelompok Awal Remaja SK Seri Indah, Bukit Jalil Tmn OUG


Pada 6 Nov 2009 yang lalu seramai 8 orang ahli PRG telah bersama-sama dengan murid-murid tahun 6 dan 5 Sekolah Kebangsaan Seri Indah Taman OUG, Bukit Jalil telah mengikuti ceramah Awal Keremajaan yang telah disampaikan oleh Saudara Khairul Anwar dan Saudari Yohana.

Program ini bermula seawal 8.00 pagi dengan slot ceramah dengan membicarakan persiapan peserta untuk melangkah keawal remaja. Meliputi aspek persediaan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual.

Selepas jam 10.30 pagi, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Peserta telah diberikan pendedahan dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan awal keremajaan yang telah dikendalikan oleh fasilitator PRG.












BACA tentang Ceramah dan Bimbingan Kelompok Awal Remaja SK Seri Indah, Bukit Jalil Tmn OUG

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes