MAJLIS JALINAN KASIH 2009...


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan...

Perhatian kepada semua ahli PRG tidak kira senior ataupun junior, satu majlis akan diadakan iaitu Majlis Jalinan Kasih. Majlis tersebut akan diadakan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh : 23 Mei 2009
Hari : Khamis
Masa : 5 petang
Tempat : Dewan Besar

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN

p/s Sila bawa bersama yuran semester RM 10.00, pendahuluan baju koprat RM45.00 dan 2 keping gambar berukuran pasport.

"Kamu semua tidak mungkin dapat menggauli orang-orang lain dengan menggunakan hartamu sahaja, tetapi hendaklah kamu menggauli mereka dengan muka yang berseri-seri dan berbudi pekerti yang baik." - Riwayat Tabrani, Baihaki dll-

~Syukran Jazilan~
BACA tentang MAJLIS JALINAN KASIH 2009...

Perjumpaan Pertama...

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

Kepada semua calon-calon PRG yang telah memohon, telah mengambil ujian dan telah menghadiri temuduga, anda dikehendaki hadir ke satu perjumpaan khas yang akan diadakan pada:

Tarikh :9 APRIL 2009
Masa : 5 petang
Tempat : Dewan Besar IPGM KPTKL

Keputusan permohonan akan diumumkan pada perjumpaan tersebut.
Kehadiran adalah diwajibkan.
BACA tentang Perjumpaan Pertama...

Temuduga di Tunda ke Minggu Hadapan...

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan...
Kami bagi pihak PRG memohon maaf kepada semua calon PRG yang baru memohon atas penundaan ini. Semua calon boleh hadir ke pejabat Pn. Jumiah mulai minggu hadapan pada bila-bila masa sewaktu kelapangan beliau. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr. Khairul di talian 017-2598131 atau emailkan ke pembimbingrakanguru@yahoo.com
"Kita hanya merancang, Allah menentukannya"
BACA tentang Temuduga di Tunda ke Minggu Hadapan...

Kursus Kepimpinan SK Ulu Yam Bharu














Pada 28 Mac yang lalu, seramai 11 orang ahli PRG telah berkesempatan untuk mengendalikan Kursus Kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu. Seramai 120 orang murid sekolah tersebut yang telah menyertai kursus tersebut. Mereka terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan PRS. Kursus ini dibahagikan kepada tiga sesi. Dimulakan dengan sesi Ice breaking yang dipimpin oleh saudara Faiz. Kemudian peserta menjalani pengalaman yang menyeronokkan dalam sesi sentuhan kalbu yang dipimpin oleh saudara Khairul Anwar dan sesi yang terakhir mereka mengikuti sesi Prinsip Kepimpinan.
BACA tentang Kursus Kepimpinan SK Ulu Yam Bharu

Sambutan Maulidur Rasul IPGM Kampus Pendidikan Teknik Meriah!!!

Bermula pada 23 hingga 26 Mac 2009, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik KL. Sambutan kali ini merupakan sambutan yang terbesar yang pernah diadakan daripada sebelum ini. PRG turut membantu dalam menjayakan sambutan ini.
PRG telah ditugaskan untuk membantu menguruskan boots-boots jualan dan pameran serta membantu menguruskan cendermata. Banyak organisasi, individu dan badan-badan koprat yang telah menyertai pameran dan jualan tersebut. antaranya ialah Darul Syifa', Etiqa Takaful, Maybank Takaful, Galeri Ilmu, HPA, Yapeim Takaful, Pusat Pungutan Zakat, Lembaga Tabung Haji, Book Store Al-Mukmin, dan Muslim Aid.
Pada hari terakhir iaitu 26 Mac 2009, telah diadakan perarakan selawat dan ceramah sempenan sambutan maulidr rasul ini. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zaidi Tohirin dari Maahad Tahfiz Sains Tauhidi.
BACA tentang Sambutan Maulidur Rasul IPGM Kampus Pendidikan Teknik Meriah!!!

Sambutan Hari Lahir ahli PRG untuk Bulan 1 dan 2...



BACA tentang Sambutan Hari Lahir ahli PRG untuk Bulan 1 dan 2...

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes