Program Intergrasi Desa, Daya dan Siswa
Pada akhir tahun lepas, seramai lebih kurang 38 orang pelajar IPGM kampus pendidikan teknik yang terdiri daripada ahli PRG, JPP dan pelajar lain terlibat dengan Program Integrasi Desa Daya dan Siswa yang telah diadakan di Kg, Bukit Bulat, Alor Gajah Melaka. Program ini merupakan program anjuran bersama KEMAS negeri Melaka dengan kerjasama JKKK Kg. Bukit Bulat.
Program ini berkonsepkan anak angkat yang mana peserta akan tinggal bersama dengan keluarga angkat masing-masing. dalam masa yang sama, para peserta diberikan tugas untuk melakukan kajian berkenaan dengan sosioekonomi penduduk kg. Bukit Bulat tersebut. Selesai daripada kajian yang dibuat, para peserta diminta untuk mencadangkan satu projek ekonomi yang boleh dibangunkan di kampung tersebut. Inilah khidmat sumbang bakti yang boleh diberikan oleh warga IPGM Kampus Pendidikan Teknik KL kepada masyarakat setempat.
Ceramah dan Bimbingan Kelompok Awal Remaja SK Seri Indah, Bukit Jalil Tmn OUG
Pada 6 Nov 2009 yang lalu seramai 8 orang ahli PRG telah bersama-sama dengan murid-murid tahun 6 dan 5 Sekolah Kebangsaan Seri Indah Taman OUG, Bukit Jalil telah mengikuti ceramah Awal Keremajaan yang telah disampaikan oleh Saudara Khairul Anwar dan Saudari Yohana.
Program ini bermula seawal 8.00 pagi dengan slot ceramah dengan membicarakan persiapan peserta untuk melangkah keawal remaja. Meliputi aspek persediaan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual.
Selepas jam 10.30 pagi, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Peserta telah diberikan pendedahan dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan awal keremajaan yang telah dikendalikan oleh fasilitator PRG.
KURSUS LATIHAN ASAS PRG 2009
Pada 8 dan 9 Mei yang lalu, seramai 30 orang ahli PRG yang baru sahaja lulus dalam Ujian personaliti dan temuduga telah berkesempatan menghadiri Kursus Latihan Asas PRG 209 yang diadakan di Bilik KPKI , IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli PRG yang baru dipilih bagi mengenal peranan dan tanggungjawab sebagai ahli PRG.
KURSUS KEPIMPINAN KENDIRI KAUNSELING

Bermula pada 8 hingga 10 Mei yang lalu, seramai 21 orang ahli PRG telah berkesempatan mengikuti Kursus Kepimpinan Kendiri Kaunseling anjuran Jabatan Belia dan Sukan kawasan Cheras. Kursus ini telah diadakan di Pusat Latihan Polis Bantuan, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Kursus ini menekankan kepada aspek kepimpinan kendiri seseorang individu berdasarkan personaliti masing-masing. Kursus ini telah ditutup rasmi oleh Y.B Dato' Hasan Malek, Timb. Menteri Kemajuan Luar Bandar.
Kursus Team Building di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas
Pada 25 April yang lalu Puan Jumiah dan Fasilitator Khairul Anwar telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Team Building untuk guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas. Slot dimulakan dengan Ice Breaking yang dikendalikan oleh Fasilitator Khairul Anwar. Kemudian diteruskan dengan Team Building yang telah dikendalikan oleh Puan Jumiah. Program ini ditutup dengan Sentuhan Kalbu.
Kem Kecemerlangan Bestari UPSR 2009 SK Bandar Tasik Selatan
Pada 18 April yang lalu beberapa orang ahli PRG telah bersama-sama dengan murid-murid tahun 6 SK Bandar Tasik Selatan dalam Kem Kecemerlangan Bestari UPSR 2009. PRG telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot Motivasi.
Slot ini dimulakan dengan Ice Breaking yang dipimpin oleh Fasilitator Harith. Kemudian sesi ini diteruskan dengan slot Sentuhan Kalbu dengan dipimpin oleh Fasilitator Khairul Anwar. Alhamdulillah, sesi ini berjaya mencapai objektif. Diharapkan adik-adik SKBTS berjaya dalam UPSR kelak. Insyallah.
Slot ini dimulakan dengan Ice Breaking yang dipimpin oleh Fasilitator Harith. Kemudian sesi ini diteruskan dengan slot Sentuhan Kalbu dengan dipimpin oleh Fasilitator Khairul Anwar. Alhamdulillah, sesi ini berjaya mencapai objektif. Diharapkan adik-adik SKBTS berjaya dalam UPSR kelak. Insyallah.
MAJLIS JALINAN KASIH 2009...

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan...
Perhatian kepada semua ahli PRG tidak kira senior ataupun junior, satu majlis akan diadakan iaitu Majlis Jalinan Kasih. Majlis tersebut akan diadakan berdasarkan butiran berikut:
Tarikh : 23 Mei 2009
Hari : Khamis
Masa : 5 petang
Tempat : Dewan Besar
KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN
p/s Sila bawa bersama yuran semester RM 10.00, pendahuluan baju koprat RM45.00 dan 2 keping gambar berukuran pasport.
"Kamu semua tidak mungkin dapat menggauli orang-orang lain dengan menggunakan hartamu sahaja, tetapi hendaklah kamu menggauli mereka dengan muka yang berseri-seri dan berbudi pekerti yang baik." - Riwayat Tabrani, Baihaki dll-
~Syukran Jazilan~
Perjumpaan Pertama...
Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.
Kepada semua calon-calon PRG yang telah memohon, telah mengambil ujian dan telah menghadiri temuduga, anda dikehendaki hadir ke satu perjumpaan khas yang akan diadakan pada:
Tarikh :9 APRIL 2009
Masa : 5 petang
Tempat : Dewan Besar IPGM KPTKL
Keputusan permohonan akan diumumkan pada perjumpaan tersebut.
Kehadiran adalah diwajibkan.
BACA tentang Perjumpaan Pertama...
Kepada semua calon-calon PRG yang telah memohon, telah mengambil ujian dan telah menghadiri temuduga, anda dikehendaki hadir ke satu perjumpaan khas yang akan diadakan pada:
Tarikh :9 APRIL 2009
Masa : 5 petang
Tempat : Dewan Besar IPGM KPTKL
Keputusan permohonan akan diumumkan pada perjumpaan tersebut.
Kehadiran adalah diwajibkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

5:57 PM
Pembimbing Rakan Guru
,


